BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak  tidur,  nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari  bencana manusia dan  jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada  kematian terkejut.
Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali dihadapan  orang yang  zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta  naiklah keberanian  dan kehebatan kepada pembaca.
SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara  sembahyang  sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit  lekas sembuh dan  nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh  musuh.Barangsiapa membaca 20  kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,  nescaya rezkinya dilapangkan oleh  Tuhan dan bertambah baik keadaannya,  serta bercahaya rohaninya.
AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap  sembahyang  fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan  syaitan.Dengan membacanya,  seorang yang miskin akanmenjadi kaya, dan  jika dibaca ketika hendak tidur  nescaya akan terselamat dari kecurian,  kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa  sentiasa membaca ayat Al-Kursi,  nescaya Allah akankurniakan kepada ahli rumahnya  kebaikkan yang tidak  terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya  Allah Akan  meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan  mendatangkan para  malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk  sipembaca sehinggalah ke  hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith  yang lain:Barangsiapamembacanya ketika  hendak tidur, nescaya Allah akan  membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh,  dan mengurniakan kotanur  menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya  meninggal dunia  pada malam itu, iadikira mati syahid.
Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapa membacanya  selepas  setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari  kekerasan malakul-maut,  dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia  akan dibangkitkan bersama para  Mujahid yang berjihad beserta para  Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam  Jaafar Shadiq r.a.mengatakan:  Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan  menghindar darinya 1,000  kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah  kemiskinan dan kepapaan,  dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah  azab neraka.
SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini  (Amanarrasulu)  sebelum tidur, iaakan terselamat dari segala bala  bencana dan mara bahaya.
SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya iaakan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya iaakan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini,  nescaya iaakan terselamat dari kejahatan para penjahat.
SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini,  sebanyak  yangmungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan  terselamat dari  was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa  membaca ayat 89 hingga ayat  101 dari surah ini, keatas air lalu diberi  minum kepada orang yang bercakap  dusta, nescaya ia tidak akan bercakap  dusta lagi.
SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya   akanterhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah   ini,dibacaoleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan  tenggelam.
SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas  tiap-tiap  sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya  akanterampun segala  dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah  ini, iaakan terpelihara dari  kekacauan para penzalim serta ia akan  mendapat rahmat Allah.
SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya  dia akandi cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari   kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat  111 dari  surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya  akan maju  perniagaannya itu.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya iaakan mendapat  kekuatan dan  Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang  siapa membaca ayat 56  dari surah ini, pada setiap masa, nescaya iaakan  terselamat dari gangguan  manusia yang jahat dan binatang yang liar.  Barang siapa membaca ayat 112 dari  surah ini, sebanyak 11 Kali selepas  tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai  ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akandi murahkan rezekinya  dan  diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari  surah ini, ia  akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang  siapa membaca ayat 68  dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan  kesalehan kepada anak-anaknya.
SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, iaakan   terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini,  nescaya  Penyakit jantungnya akansembuh.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari  surah ini,  nescaya anak-anaknya akanterhindar dari perbuatan-perbuatan  syirik dan bida’ah.
SURAH AL-HIJ’R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah  ini, ke  atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya  anak kandungannya  itu akanterselamat, dari gugurnya.
SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi  minum kepada  orang yang bercakap gagap insya Allah akanhilang gagapnya  itu. Barang siapa  membaca ayat 80 dari surah ini, ketika iapulang dari  perjalanan, nescaya dia  akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang  yang setempat dengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akanterhindar dari  kemiskinan dan  kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat,  nescaya dia akanmendapat  rezeki yang murah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akanmendapat kejayaan di  dunia dan di akhirat.
SURAH THAAHAA(Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah  akanmengurniakan  kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala  maksudnya. Barang siapa  membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21  kali, tiap-tiap hari selepas  sembahyang subuh nescaya otaknya akan  cerdas dan akalnya akan sempurna.
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan  mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akanmembinasakan  musuh-musuhnya.
SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi  minum kepada  orang yang selalu minum minuman keras,nescayadia tidak  akan meminumnya lagi.  Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini,  nescaya perahunya akanterselamat  daripada karam dan rumahnya akan  terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya iaakan terhindar  dari  mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah  ini,padahari  Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani  oleh orang ramai.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali keatas air  yang  bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu  akan  terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan  ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini,  sebanyak 7 kali  dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh  binatang-binatang yang  berbisa nescaya akanhilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan  kekal kepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya  Mereka tidak akanmencuri dan mengkhianat.
Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari  surah ini,  Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi  pekertinya akan  halus.
SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akansembuh.  Barang  siapa membacanya, nescaya iaakan terhindar dari gelisah dan  keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akanmembinasakan orang  yang hendak menzaliminya.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya iaakan terhindar  dari segala-gala  penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang  siapa membaca ayat31 dari  surah ini, nescaya akanterselamat dari  bencana banjir.
SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah  ini, ke  atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar  dari segala-gala  penyakit ruhani dan jasmani.
SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari  surah ini,  nescaya iaakan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan  barang siapa  membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya  Allah akanmembinasakan  musuh-musuhnya.
SURAH SABA’ (Saba’)
Dengan membacanya, terselamatlah iadari segala-gala bala  bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan  memberkati perniagaannya.
SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda :”Tiap-tiap sesuatu  Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.”
Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun  segala-gala  dosanya kecuali dosa syirik..”Dalam satu hadith yang lain  Baginda s.a.w bersabda:  “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas  pesakit-pesakitmu yang menghadapi  sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t  akan meringankan kekerasan sakaratul-maut  itu.” Dalam satu hadith yang  lain pula Baginda s.a.w bersabda :”Aku ingin benar,  agar surah Yaasiin  ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya  sebanyak 41  kali, pasti akantercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa   membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar  untuk kedua  ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akandiampunkan  oleh Tuhan. Barang  siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau  perniagaan, nescaya akanmaju  perniagaannya itu. Barang siapa membacanya  sekali pada awal malam, andaikata ia  matipada malam itu, mesti ia mati  syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas  tiap-tiap sembahyang  Jumaat,nescayaia akan
diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika iahendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika iahendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akanterpelihara  daripada gangguan jin.
SURAH SHAAD (Shaad)
SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan  mendapat  kebahagian sejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan   permintaanmu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari  menyembah  Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.”
[Al-Mukmin: 60]
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar