Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan  konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi  jalan buat setiap  hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai  bentuk yang boleh  menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di  antaranya:
1.        Menyempatkan diri beribadah  Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya   dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku   maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak   melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku   tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan   al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2.        Memperbanyak istighfar Istighfar  adalah  rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang  menjadi  sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia  berkenan  melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:  “Barang  siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan  segala  kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya  rezeki dari  arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud,  an-Nasa’i, Ibnu  Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.        Tinggalkan perbuatan dosa  Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan  saja  membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:  “…  dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang   dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.        Sentiasa ingat Allah  Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini   rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:  “(iaitu)  orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan  mengingati  Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi  tenteram.”  (Ar-Ra’d: 28)
5.        Berbakti dan mendoakan ibu bapa.  Dalam  hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa  yang  ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti  kepada  ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w.  juga  bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah  buatnya  dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala,  at-Tabrani,  al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi  sebab  mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba  itu  meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah  rezeki  (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.        Berbuat baik dan menolong orang yang lemah  Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan   meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga   isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu   diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang  lemah  di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.        Tunaikan hajat orang lain  Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam  bentuk  tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa  yang  menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”   (Riwayat Muslim)
8.        Banyak berselawat Ada  hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak   tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,   dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua   hajat. Wallahu a’lam.
9.        Buat kebajikan banyak-banyak  Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada   hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang   lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan   hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.      Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi  (memulakan  aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah)  adalah  amalan yang berkat.
11.     Menjalin silaturrahim Nabi  s.a.w. bersabda:  “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan  dilambatkan ajalnya maka  hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”  (Riwayat Bukhari)
12.     Melazimi kekal berwuduk  Seorang Arab desa  menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman  mengenai beberapa perkara  termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.  Baginda s.a.w. bersabda:  “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari  hadas) nescaya Allah akan  memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada  Sayidina Khalid al-Walid)
13.     Bersedekah  Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu   rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair,   ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim   oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka   siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah   membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah   menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.     Melazimi solat malam (tahajud)  Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh   rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan   doanya dimakbulkan Allah.
15.     Melazimi solat Dhuha  Amalan solat Dhuha yang  dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan  dunia (aktiviti harian),  juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah  dalam hadis qudsi: “Wahai  anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas  mengerjakan empat rakaat  pada waktu permulaan siang (solat Dhuha),  nanti pasti akan Aku cukupkan  keperluanmu pada petang harinya.”  (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.     Bersyukur kepada Allah.  Syukur ertinya  mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah.  Lawannya adalah kufur  nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika  kamu bersyukur,  nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi  sesungguhnya jika kamu  kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”  (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi:  “… dan Kami akan memberi balasan kepada  orang-orang yang bersyukur.”  (Ali Imran: 145)
17.     Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu  Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,   menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk   keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi   kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat  terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika  dibaca secara konsisten  tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan  boleh menjadi sebab Allah  lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah,  al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat  menjadi sebab dibukakan  pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya  dibaca “Ya Allah ya  Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah,  bukalah hati kami  untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan  keampunan-Mu, ya Fattah ya  ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa  amalkan baca surah al-Waqi’ah  setiap malam, dia tidak akan ditimpa  kepapaan. Wallahu a’lam.
18.     Berdoa  Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung  dan  mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah   suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.     Berikhtiar sehabisnya  Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih   dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya  dan  yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang  yang  dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi  orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh   membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak   tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak   anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang   baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi   baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.     Bertawakal  Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah.   Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah   mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:  “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan  sebenar-benar tawakal,  nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi  rezeki, ia pagi hari  lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat  Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu  Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin  al-Khattab r.a.)
Kesemua  yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada  takwa.  Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara  yang  menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak  terlintas di  hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah  rezeki dalam ertikata yang  sebenarnya, kuncinya adalah buat  amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini  menjadi sebab jatuhnya kasih  sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya  dengan keluasan rezeki dan  rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sumber http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=1559&extra=page%3D2 Inilah Amal Pembuka Pintu Rezeki Diantara pintu yang akan mengantarkan pintu rezeki, dan menjauhkan dari kesempitan hidup adalah :
1.Membaca “La ilaha illahah”.
Barang siapa yang lambat rezekinya  hendaklah banyak mengucapkan la hawla  wala quwwata illa billah (HR.At-Tabrani.
2.Membaca “La ilaha illallahul malikul haqqul mubin”.
Barangsiapa  yang membaca “La ilaha illallahul malikul haqqul mubin”,  maka bacaan  itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi  penenteram dari  rasa takut dalam kubur”. (HR. Abu Nu’aim dan  Ad-Dailami).
3.Melanggengkan Istighfar.
“Barangsiapa  melanggengkan istighfar, niscaya Allah mengeluarkan dia  dari segala  kesusahan dan memberikan dan memberikan dia rezeki dari arah  yang tidak  diduganya”. (HR.Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
4.Membaca Surah Al-Ikhlas.
“Barangsiapa  yang membaca surah al-Ikhlas ketika masuk rumah, maka  (berkah bacaan)  menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan  tetangganya”.  (HR.Tabrani).
5.Membaca surah al-Waqi’ah
“Barangsiapa  membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan  ditimpa  kesempitan hidup”. (HR. Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman).
6.Memperbanyak Shalawat atas Nabi Shallahu Alaihi Wa Sallam.
Ubay  bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,   Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam berdiri seraya bersabda, “Wahau   manusia, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala   kiamat), pertama kemudian diiringi tiupan keuda. Akan datang kematian   dan segala kesulitan yang ada di dalamnya”.
7.Membaca “Subhanallah wabihamdihi subhanallahil ‘adzhim.
..dari  setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada  Allah Ta’ala  sampai diberikan untukmu sampia hari Kiamat yang pahala  tasbihnya itu  diberikan untukmu”. (HR.Al-Mustaqfiri dalam Ad-Da’wat,  dinukilkan dari  Ihya Ulumuddin al-Ghazali).
Sementara itu, diriwayatkan dari Ibnu  Abbas, ada beberapa orang  musyrik yang telah berbuat maksiat dan dosa,  yaitu mereka membunuh dan  berzina. Maka, m ereka menghadap Rasulullah  untuk bertobat. Mereka pun  bertanya kepada beliau, apakah akan diterima  tobat mereka? Maka,  turunlah ayat ini yang menerangkan hendaknya  jangan berputus asa untuk  terus mencari ampunan Allah Rabbul Alamin.
“Katakanlah,  “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap  diri mereka  sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.  Sesungguhnya  Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang  Maha  Pengampun, Maha Penyayang”. (Al-Qur’an : Az-Zummar : 53)
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar